DARI SEGI MENURUNAN BERAT BADAN
Apa itu Herbalife ?
Mungkin masih ramai yang tertanya-tanye apakah sebenarnya Herbalife dan mungkin masih ramai yang tidak tahu bagaimana Herbalife dapat membantu mereka menjadi lebih sihat, mendapat berat badan ideal dan yang penting sekali mendapat nutrisi harian yang secukupnya.
Saya nak kurus dan telah lama berperang dengan berat badan sendiri. Setiap masa topik diet atau masalah berat badan memang menjadi topik utama perbualan saya bersama kawan-kawan yang lain. Nak keluar makan pon semua teragak-agak nak makan apa supaya berat badan tak naik. Susah sebenarnya nak buat keputusan bila nak memilih nak makan apa sebab semua makanan di luar memang tinggi kalori, berminyak dan tidak sihat. Sebelum saya mengetahui tentang apa itu herbalife , saya telah mencuba pelbagai produk untuk menurunkan berat badan. Pelbagai program diet telah saya cuba tapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Cara terbaik untuk menurunkan berat badan semestinya dengan menjaga pengambilan kalori harian agar tidak melebihi nilai keperluan kalori harian yang badan kita perlukan dan juga senaman. Mudah sebenarnya tapi tak semua orang mampu lakukan. Sebenarnya kita semua memang dah lama tahu formula untuk mendapatkan berat badan ideal tapi kadang-kadang sebagai manusia biasa ni kita termakan banyak dan malas bersenam. Hehe. Saya nak kurus jadi saya mula belajar tentang Basal Metabolic Rate (BMR) dan Active Metabolice Rate (AMR) untuk menentukan jumlah kalori sebenar yang badan saya perlukan agar mendapat berat badan ideal.
Berat badan ideal = Pengambilan kalori harian yang tidak berlebihan + Senaman
Jadi apa itu Herbalife dan mengapa saya pilih Herbalife sebagai program untuk saya menurunkan berat badan ? Jawapannya kerana saya lihat Herbalife adalah satu-satunya program pemakanan bernutrisi tinggi yang mengajar kita untuk menjaga pengambilan kalori seharian dan juga kepentingan melakukan senaman. Dengan Herbalife , saya cuma mengambil 200 kalori untuk setiap shakes yang saya ambil untuk sarapan dan makan malam. Walaupun kandungan kalori dalam setiap shakes cuma 200 kalori, setiap shakes penuh dengan nutrisi yang amat diperlukan oleh badan kita. Nutrisi dalam setiap Herbalife shakes amat penting dalam memastikan kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk setiap sel badan kita. Dengan nutrisi yang mencukupi dan kalori yang rendah, Herbalife telah banyak membantu saya menurunkan berat badan. Anda boleh hubungi saya untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang apa itu Herbalife dan bagaimana saya mengambil Herbalife shakes saya setiap hari untuk menurunkan berat badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan